Wednesday, December 7, 2011

kisah sedih : adik dan kakak

kisah bermula.....

Aku ade sorang adik,perbezaan umo kami 3 tahun.Satu ari aku teringin nak bawak sapu tangan bunga2 yang pada zaman tuhh menjadi kegilaan budak2 perempuan di skola.Tanpa berfikir panjang,tamat waktu skola ari tuhh aku blek ke rumah dan mengambil duit 50 sen dari dompet ayah senyap2 tanpa pengetahuannya.
Aku ingat ayah x kan perasan klaw cume 50 sen jerr yg hilang dari dompetnya,jangkaan aku salah.Petang tuhh ayah memanggil kami berdua dan dengan rotan d tangan ayah bertanya,"siapa yg ambik duit ayah?".Aku menggeletar dan memandang lantai begitu juga adik,x berani nak menatap muka garang ayah.Ayah semakin menyinga dan berkata,"klaw xde yg nak mengaku,ayah rotan dua2 skali!!!"
Dengan pantas adik mengangkat tangannya dan berkata,"saya yg ambik duit ayah".Lepas adik cakap cm tuhh terus ayah libas rotan pada tubuh adik.Aku hanya mampu menangis dan mengutuk diri sendiri kerana takut untuk mengaku kesalahan tapi tuhh da terlambat.
Malam tuhh aku dan emak cuba menyapu ubat pada tubuh adik.Jelas sekali kesan libasan rotan d tubuhnya.Aku meminta maaf kepada adik kerana kesalahan ku dia yang menanggung akibatnya,tapi adik sedikit pun x menangis malah dia berkata,"akak,benda da jadi jgn rase menyesal".

Tahun berganti....

Adik dan aku sama2 mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran.Adik mendapat tawaran ke sebuah skola berasrama penuh dan aku pulak mendapat tawaran pra-universiti.Bangga kedua orang tua ku tidak terkira.Tapi yang menjadi masalah kepada orang tua kami adalah duit.
Kata ayah,"anak2 kita cemerlang,tapi bagaimana cara untuk mendapatkan biayanya"
Lalu adik keluar dari biliknya dan berkata,"ayah,saya xmau skola lagi,saya nk berhenti".Dengan perlahan ayah bangun dan membetulkan kain pelikatnya...PANGGGGG
Penampar ayah hinggap ke pipi adik.Aku dan emak menangis melihat kejadian tuhhh.
Lalu dengan lantang ayah bersuara,"ayah sanggup mengemis untuk keperluan pelajaran kamu klaw itulah caranya,ayah akan lakukan..ayah sanggup"
Aku mengajak adik masuk ke bilik.Di dalam bilik aku memujuknya,"adik,kakak perempuan jadi biarlah akak yg berhenti belajar tapi adik mesti teruskan persekolahan,sbb adik lelaki.Lelaki mesti bijak kerana dia yg akan keluarkan keluarganya dari kesusahan".
Tapi pada keesokan paginya,seisi rumah terkejut kerana adik tiada lagi d biliknya bersama pakaian lusuh.Adik telah keluar dari rumah,ayah terkejut,emak kecewa dan aku????
Terasa kehilangannya.

Beberapa ketika.....

Sedang aku asyik berehat di bilik asrama,datang sorang kawan ku mengatakan ade org sekampung yg ingin berjumpa denganku.Aku hairan dan terus pergi untuk berjumpa dengan org yg d maksudkan.
Betapa sedih aku rasa kerana yg d hadapan ku berdiri insan yg amat ku kenali dan ku rindui iaitu adik ku.Pakaiannya comot,penuh dengan lumpur dan tompokan simen.Aku menghampirinya dan menyapu kotoran yg ade pd bajunya."Kenapa cakap org sekampung yg datang,cakap la adik yg datang" kata ku padanya.Adik tersenyum dan berkata,"tengoklah baju adik akak,x kan orang percaya yg selekeh nie adik akak".Aku lantas merangkulnya,"akak x kisah apa org cakap,akak x malu".

Kini ku tahu.....

selang beberapa tahun aku menamatkan pengajian dan pulang ke kampung.Setiba d rumah aku lihat rumah sangat bersih x seperti selalu.Lalu aku katakan pada emak ku,"emak,xpayah la susah2 kemas rumah mcm nie untuk sambut akak balik".Tetapi jawapan dari emak yg membuat ku terharu."Bukan emak yg buat semua ni tetapi adik kamu".Adik telah tinggal bersama emak setelah ayah meninggal dunia dan menjaga kebun ayah sebagai sumber pendapatannya.Aku meluru ke bilik dan memeluk adik seeratnya.Dan aku terlihat luka2 d tangannya kerana membersihkan rumah.Penuh dengan calar-balar.
Selepas aku berkahwin,suami ku menawarkan jawatan pengurus kepada adik kerana suamiku adalah seorang    usahawan.Tetapi adik menolak,katanya "kalau adik terima jawatan tuhh apa kata orang,biarlah adik bekerja dengan taraf pendidikan yg adik ade kak".Aku berkata,"adik x belajar tinggi pon kerana akak".Tapi adik dengan lembut mengatakan dia ikhlas melakukan semua itu untuk ku.

Akhirnya adik bertemu jodoh dengan gadis sekampung.Pada hari perkahwinannya,juruacara majlis bertanya kepada adik,siapa insan yg paling dia sayang.Jawab adik,"saya sayang emak saya,dan orang kedua yg menjadi kesayangan saya ialah kakak saya".Dengan perlahan adik menceritakan satu kisah yg hampir aku lupakan.Kisah ini berlaku semasa saya dan kakak saya masih bersekolah rendah,pada waktu pulang ke rumah sebelah kasut saya tertanggal tapaknya,lantas dengan perlahan kakak menyuakan sebelah dari kasutnya untuk saya pakai.Sampai di rumah,saya lihat kaki kakak berdarah dan luka2 kerana terpijak kerikil dan tunggul.Semenjak daripada itu,saya berjanji akan lakukan apa saja demi kebahagiaan akak dan menjaganya dengan baik,itu janji saya....
Tamat cerita adik,dengan laju aku menuju ke pelamin dan dengan tangisan aku memeluk nya erat...

No comments:

Post a Comment