salam yang ku hulur bukan dari diri ku
tapi dari kamu.....
kamu yang ingin bertapak d hati
yang telah lama ku biar tak berpenghuni
agar tak ku rasa sekali lagi sakit nya hati
d mainkan insan bernama LELAKI....
jauh d dasar sanubari
terpendam rahsia yang utuh terkunci
agar tak terbongkar
terkeluar bicara
supaya tak siapa tahu isi si hati
jika benar ingin kau sunting
dewangga hati
ikhlas kan lah dulu kata hati mu
supaya tak silap
membuat percaturan
agar tak terluka
sekeping jiwa.....
jika sudah makna tersebar
tak mudah untuk menarik semula
sudah terikat simpul bicara
tak mudah untuk
ditarik biar lerai
tak ku pinta kasih darimu
tak ku ingin merasa hangat cintamu
kerana apa yang ku ada
sudah cukup buat aku bahagia
tak kenang sakit nya jiwa
tak kenang sakit sengsara
kerana aku manusia
yang benar merasa nikmat asmara
kau lafaz kata lamar
buat aku terpanar
kau ucap janji setia
bukan mudah ku lentok percaya
kerana aku pernah merasa
erti sakit seksa duka
kau tegur jika ku ada
tak kira tempat d mana
kau panggil dengan ungkap manja
agar aku senang sentiasa
tapi adakah kau tahu
geruhnya jiwa
tatkala terbaca ucap rindu
selain dari aku
hati mula menangkap curiga
tak kalah ku berdoa
agar apa yang ku rasa
adalah satu kisah antara sahabat maya
tapi bisik hati tak selaras kata
ku bukan simpan rahsia
cuma tak terkata d bibir semata
kerana ku tahu ku tak seberapa
jika d banding dengan nya
tak kalah hebatnya
kecamuk gelora d dada
ku sedia terima
andai kau bukan untuk d punya
kerana sakit seksa
sudah terbiasa
menjadi penghuni tetap si jiwa
SAYANG,TIKA KAU LAMAR DIRIKU UNTUK DIRIMU
INDAH DUNIA TIADA TARA
TAPI,JIKA PERPISAHAN UNTUK KITA
KU SEDIA TERIMA SEADANYA.....
*huhuhuh text nie dapat dari sebuah magazines...harap selami makna kata d sebalik coretannyerrrr...banyak makne tersirat d dalamnyerrrr...
peace y0wwww!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment